Khas Untuk Yang Nak Pasang Penapis Air Tapi Tak Pasti Berbaloi Ke Tak 

Nak Cuba Penapis Air CUCKOO Kat Rumah FREE OF CHARGE ?

Try la dulu dekat rumah, rasa sendiri ngam ke tak, FREE je

Klik button whatsapp kat atas ni ya 👆

Siapa Saya?

CUCKOO HQ

Komitmen Sepenuh Masa

Oleh kerana saya buat Cuckoo Full-time, saya lebih fokus untuk membantu pelanggan saya tidak kira pelanggan baru atau pelanggan lama.

Aktif Sejak 2020

Penting bagi anda untuk berurusan dengan agen yang aktif, supaya apabila ada masalah esok, agen anda dapat membantu. Sekiranya agen anda tidak aktif nanti, anda perlu cari jalan sendiri.

Customer-Oriented

Pada saya kepuasan pelanggan adalah yang utama dan saya tidak kejar sales semata-mata. Bila customer ada masalah nak buat aduan, saya tak pernah bluetick customer walaupun customer tu beli dengan ejen lain.

Kenapa Kena Try Dulu ?

Boleh Tengok Depan Mata

Tengok dalam gambar tak sama dengan tengok depan mata. Bila try dekat rumah lagi best, boleh tengok terus letak kat dapur ni ok ke tak.

Boleh Feeling² Pegang²

Bila ada depan mata, boleh pegang, boleh rasa, ala macam beli baju dekat mall, kan kena rasa dulu kain ni sedap ke tak, panas ke tak. Kalau tengok gambar je tak boleh rasa semua ni.

Boleh Rasa Terus Air Cuckoo

Kalau dekat Kiosk, kebanyakkan mesin kosong (demo). Boleh tengok tapi tak boleh rasa air Cuckoo macam mana. Bila try kat rumah, kita pasang terus untuk bagi real feeling minum air Cuckoo.

FREE Consultation Yang Terperinci

Bila mesin ada depan mata, saya boleh explain secara terperinci dan jelas. Saya boleh tunjuk, ini suis dia, ini filter dia, ini tangki dia. Saya akan cerita dari A sampai Z sampai anda betul-betul faham tentang produk, pelan pembelian dan promosi.

Mengelakkan Salah Faham

Ramai pengguna Cuckoo yang beli online melalui whatsapp, tak memahami info yang disampaikan dengan jelas (walaupun ejen dah tepek ayat panjang lebar). Bila explain face to face, inshaaAllah takkan ada masalah.

Sillaturrahim Salah Satu Punca Rezeki

Saya percaya dengan cara ini, punca rezeki anda juga akan terbuka luas seluasnya. Bila dekat whatsapp, awak tanya saya jawab, awak tak beli saya followup sampai awak block saya hehe (Sebenarnya saya pun dah tak ada point 🤣)

Yang Penting MUDAH & PERCUMA

Anda cuma duduk dekat rumah je, tak perlu keluar ke mana-mana, jimat masa, jimat minyak. Saya datang ke tempat anda FREE OF CHARGE, saya pasang untuk anda cuba pun FREE OF CHARGE.

Kalau Saya Dah Cuba Tapi Tak Berkenan Macam Mana ?

Jawapan saya - Saya Happy !

Saya happy sebab anda dapat tahu yang Cuckoo ni tak sesuai dengan anda sebelum anda pasang. Bayangkan kalau anda beli online dekat whatsapp sebelum cuba, nanti dah pasang baru rasa tak berkenan, time tu dah tak boleh nak tukar dah. Nak taknak kena bayar sampai habis kontrak. Nanti jadi macam kahwin paksa pulak. Jadi kalau anda tak happy, macam mana saya nak happy 🙁

Rezeki Itu Luas

Kalau ada tak berkenan, saya tak kecil hati pun. Saya percaya bila kita dapat berjumpa, saya boleh explain secara terperinci dan sehabis baik, namun jika Cuckoo bukan pilihan anda, tak mengapa. Yang penting, inshaaAllah ada ganjaran pahala untuk anda dan saya kerana sillaturrahim.

Sekarang, Terserah Kepada Anda, Anda Boleh :

Pilihan 1 - Terus Je Order

Anda abaikan tawaran ini, anda boleh terus pasang Cuckoo online secara whatsapp. Namun jika anda tak berkenan nanti, nak taknak anda dah tak boleh cancel dan kenalah bayar macam biasa sampai habis kontrak.

Pilihan 2 - Cuba Dulu PERCUMA

Anda whatsapp saya sekarang untuk cuba dulu. Zero risiko, FREE OF CHARGE dan takde terikat dengan kontrak. Siap dapat FREE consultation saya explain secara jelas sampai anda faham dan puas hati. Kalau tak berkenan, anda boleh consider penapis air jenama lain. Tiada paksaan dan chill² je.

Nota kaki : By the way, saya sedang run iklan, jadi saya mohon anda tekan button whatsapp bila anda serious nak whatsapp saya je ya. Kalau anda tekan main² nanti data iklan saya berterabur, kesian kat saya 😁 Thanks tau !

Made with ❤️ by Shahida

Kajang, Selangor