Untuk membuat pembayaran bulanan produk Cuckoo, ini 3 cara bayar cuckoo yang anda boleh follow.
Pembayaran produk Cuckoo boleh dibuat melalui Apps Cuckoo+, online transfer/cash deposit ke akaun CIMB Cuckoo ataupun melalui JOMPAY.
CARA 1 : CARA BAYAR CUCKOO GUNA APPS CUCKOO+
Sebagai pelanggan Cuckoo, anda digalakkan untuk memasang aplikasi CUCKOO+ di handphone anda. Apps ini memang sangat membantu anda sebagai customer CUCKOO+.
Selain itu, anda juga akan dapat POINT bila membuat pembayaran menggunakan apps CUCKOO+ ni. Baca tentang fungsi apps CUCKOO+ di sini.
Untuk membuat pembayaran menggunakan apps CUCKOO+, anda mestilah telah mendaftar akaun CUCKOO+.
LANGKAH 1 Buka apps CUCKOO+ anda
LANGKAH 2 Di bahagian atas, anda dapat melihat jumlah pembayaran yang perlu dibuat, tekan di bahagian “TOTAL AMOUNT DUE”
LANGKAH 3 Tekan “PAY NOW” untuk membuat pembayaran secara keseluruhan atau anda boleh pilih untuk membuat pembayaran sesetengah produk dengan menekan senarai produk yang anda beli.
LANGKAH 4 Pilih kaedah pembayaran melalui Kad Kredit Visa/Mastercard, Online Banking (FPX), EWallet atau secara CASH di 7 Eleven.
LANGKAH 5 Selesaikan pembayaran, untuk Kad Kredit/ Online Banking(FPX) dan Ewallet akan ada TAC/MSOS Code, masukkan code dan teruskan pembayaran hingga selesai
LANGKAH 6 Screenshot halaman pembayaran berjaya untuk rujukan
LANGKAH 7 Pembayaran akan diupdate oleh team CUCKOO+ dalam masa 24 jam, sekiranya masih belum update selepas 24 jam, sila hubungi ejen anda atau Careline Cuckoo untuk bantuan.
CARA 2 : CARA BAYAR CUCKOO GUNA ONLINE TRANSFER/CASH DEPOSIT KE CIMB BANK CUCKOO
Sekiranya anda tiada apps CUCKOO+ (Kenapa tak install lagi ? CUCKOO+ ni banyak membantu tau), anda boleh membuat pembayaran terus ke akaun bank CUCKOO – CIMB Bank. Cara bayar cuckoo seperti di bawah.
- Buka aplikasi perbankan anda, tak kisah jika anda guna Maybank/CIMB/Hong Leong atau apa-apa bank sekalipun, jika bank anda tiada aplikasi perbankan, login ke online banking anda di telefon atau komputer.
- Jika tiada online banking dan nak guna cara Cash Deposit, anda mesti pergi ke Cash Deposit Machine CIMB sahaja.
- Jika guna Online Banking, letakkan Order No anda di Ref 1 dan no telefon anda di Ref 2. Jika dah lupa Order No, rujuk ejen anda untuk dapatkan Order No.
- Transfer atau depositkan pembayaran anda ke akaun CIMB Cuckoo iaitu 8602073101 – CUCKOO International (MAL) SDN BHD.
- Selepas pembayaran dibuat, simpan resit dan emelkan bukti pembayaran kepada CUCKOO ke payment@cuckoo.com.my
- Jangan lupa untuk letakkan juga Order No anda dalam emel tersebut.
CARA 3 : CARA BAYAR CUCKOO GUNA JOMPAY
Anda juga boleh membuat pembayaran bil cuckoo melalui JOMPAY. Bayaran melalui JOMPAY boleh dibuat melalui perbankan online seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain.
Untuk membuat pembayaran melalui JOMPAY, terdapat 3 kod utama yang perlu diberi perhatian.
- BILLER CODE : 69435
- Ref-1 : ORDER NO anda atau dikenali juga sebagai SALES NUMBER
- Ref-2 : NO TELEFON anda
Sekiranya anda tak tahu ORDER NO anda, anda boleh refer di kertas servis yang diletakkan pada produk. Jika tiada kertas servis ataupun masih tak jumpa, rujuk ejen anda untuk tanya ORDER NO atau Livechat di website Cuckoo HQ atau hubungi terus careline Cuckoo.
Cara bayar cuckoo melalui JOMPAY adalah seperti berikut :
LANGKAH 1 Buka sistem perbankan online anda
LANGKAH 2 Pilih JOMPAY
LANGKAH 3 Masukkan Biller Code 69435, Ref-1, Ref-2, dan amount yang mahu dibayar
LANGKAH 4 Teruskan pembayaran sehingga selesai